Pages

Wednesday, February 21, 2018

Telur Masin homemade.. lebih sedap dari kt kedai! lemak dia umpp! yg penting MURAH!

setelah 2 minggu rendam dng air garam...
guna telur ayam je.... zaman2 skrg ni semua kna jumat...kikiki
telur gred B rm9.20 + garam kasar 1kg rm0.80
total rm10+ je..
dapat 30biji telur masin...πŸ˜‰

bahan2:

telur ayam 30biji
garam kasar 1kg
air secukup nya (agak2 tlur tu tenggelam)

cara2:
masukan garam kasar dan air dalam periuk..
masak atas api sehingga garam larut..
sejukan dulu baru masukan telur..
rendam di tempat yg gelap selama 14hari.
cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dng air biasa.. boleh di simpan dalam peti sejuk...
bila terasa nak mkn baru rebus...

petua nak bagi telur kuning tu jadi warna oren... masa peram pastikan simpan di tempat yang gelap... lagi gelap lagi bagus.... sy simpan salam kabinet dapur...hehehe...😁😁

kredit to : Are Peace

share!

Monday, February 19, 2018

RESEPI DONUT GEBU MONTOK

Kak sue kongsikan resepi dan cara buat donut gebu mudah gunakan bahan yang ada di dapur sahaja. 

Memang meleleh air liur, jiran jika tercium bau donutnya masa goreng terus datang ketuk pintu. Bila makan terus tak rasa apa, KAPAS sangat sampai terngiang ngiang 10 hari. Bila dihias memang ngap tak mampu nak diet. Itu la penangan DONUT GEBU tak hengat.

Donut yang diingini diidamkan semua orang adalah donut yang mempunyai garisan putih ditengahnya, pecah rekod BIG APPLE DONUT.

Tepung gandum setengah kilo (separuh peket)
Tepung roti jika ada 6 sudu besar
Telur sebiji
Garam 1 sudu kecil
Gula pasir 3 sudu besar
Susu pekat 2-3sudu
Marjerin 2-3sudu besar
Bread improver 1 sudu kecil jika ada
Yis 1 peket
Air suam 1 - 1 1/2 cawan (jika guna bread maker guna air sejuk) masuk sedikit sedikit hingga doh kental

Cara
Masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati
Mulakan uli hingga kental dan licin lebih kurang 40minit
Jika guna mesin tekan 2x fungsi doh
Bulatkan
Lenyekkan dan lubangkan
Rehat sehingga naik
Goreng

Hiaskan setelah siap dan makan dengan orang sekampung. WOW terus .

========/=======
Kaksue
Suka anda kulit Sihat dan Gebu

Japanese Baked Cheese Tart

Bahan-bahan: 

1 biji Telur (suhu bilik) 
15g + 15g Gula
100g krim keju
50ml Heavy krim
1 sudu teh Jus lemon
6 biji Kulit Tart
1 biji telur 
1 sudu teh air

Cara membuat 

1. Asingkan telur putih dan kuning . Tambah 15g gula ke putih telur dan pukul sehingga ringan seperti meringue..
2. Letakkan keju krim dan baki gula dalam mangkuk lain dan pukul..Masukkan kuning telur, heavy krim, jus lemon dan kacau hingga menjadi halus.
3. Campurkan (2) meringue (1), dan balik-balikkan adunan dengan spatula getah.
4. Tuangkan adunan ke dalam kulit tart dan sapukan telur kuning yg di campur kan dengan sesudu air..
5. bakar selama 15 minit pada 200 ℃ pembakar ketuhar, apabila keperangan di permukaan, selesai!

By Tasty Japan

Sunday, February 18, 2018

Rendang Daging Power

Bahan
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2  sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan2 bertanda* smp cili kering jd rapuh.. api slow je
-kisar kering smp halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bwg merah kecik*
4 ulas bwg putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 btg serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lg lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)
-kisar bahan2 bertanda *
-tumis bahan2 kisar smp garing@pecah minyak
-masukkan rempah yg dikisar halus td..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan msk smp pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dgn garam.. sy x suka rendang yg manis, kalau suka manis nak letak gula pun blh
-sy buat byk rendang ni.. blh frozen kan.. in case ada tetamu dtg mengejut blh p cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan☺️
*rendang sy x ada lengkuas.. kalau nak tambah blh jer, selera masing2

Saturday, February 17, 2018

Jangan Sombong

Pada suatu hari sepasang suami isteri kaya sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.

Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?".

Rupanya suaminya memiliki karakter berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar dia menjawab, "Tidak usah! usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!" Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.

Hari demi hari berlalu, perdagangan lelaki itu jatuh bangkrut. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, karena ketidakcocokan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berantakan sehingga terjadilah perceraian.

Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang bangkrut itu menikah lagi dengan seorang pedagang kaya dikota dan hidup berbahagia. Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk seseorang. Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?". Suaminya menjawab, "Berikanlah makan  pengemis itu dengan daging ayam seperti yg kita makan!".

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? apakah karena aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?".

Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?............ Dia adalah suamiku yang pertama dulu."

Mendengar keterangan isterinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya, "Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?..................
Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".

Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda akan diatas atau di bawah.

Cerita ini diambil dari:
"Syarah Ratib Alhaddad'
Karya AlHabib Alawi bin Ahmad bin Hasan bin Abdulloh bin Alawi Al Haddad.

Renungan :
"Jangan Bersikap Sombong ketika berada diATAS apalagi tidak sedang berada diATAS..
Tebarkan perbuatan baik dimana - mana maka anda akan menerima balasannya"

Salam...

CHOC CHIP COOKIES

BAHAN A
1cwn butter
1cwn gula perang
1cwn minyak masak
1/2 cwn gula halus
1sdb susu cair/susu segar
(sy guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur
1sdk esen vanilla
Secubit garam

BAHAN B
4cwn tepung gandum
1sdk cream of tartar
1sdk baking powder
1sdk berkarbonat soda
2cwn choc chip
(sy guna 1cwn choc chip+1cwn choc rice)
1cwn kekacang xkira jenis apa pun

Cara
Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama..
Dlm 1minit je..
Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..
Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..
Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit

Sumber resepi : Shahila Hanim

Friday, February 16, 2018

Kuih Lapis

Kuih Lapis Seri Wangi... Resepi kali ni guna tepung beras pula yang lebih...Rasanya tentu berlainan,lembut dan yang penting kuih lapis ni memang sedap dan terasa lemak manisnya.

πŸ’ Kuih Lapis Seri Wangi πŸ’
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

PANASKAN PERIUK KUKUSAN HINGGA AIR MENDIDIH.. SEDIAKAN LOYANG 8" PERSEGI ATAU LOYANG BULAT 9"... SAPUKAN DASAR DAN SISI LOYANG DENGAN SEDIKIT MINYAK MASAK.. ALASKAN DASAR LOYANG DENGAN PLASTIK SUPAYA DASAR TIDAK MELEKAT.

Resepi oleh : Pn Yatie ( Yatiememories.blogspot )
Dicuba oleh : Mawar Wilsa

🍎 Bahan-bahan:

BAHAN A
✔2 cawan tepung beras
✔1 cawan tepung gandum
✔2 sudu besar tepung jagung
✔1 sudu kecil garam
✔2 cawan santan pekat

Bahan B
✔1 1/4 cawan gula pasir ~saya guna gula halus
✔1 cawan santan pekat
✔2 cawan santan cair
✔2 helai daun pandan-di simpul

🍏 Cara-cara:
1 • Campurkan kesemua BAHAN B ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut,angkat dan biarkan adunan suam sedikit.

2 • Sementara itu satukan kesemua BAHAN A ke dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan dahulu.

3 • Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A dan gaul rata, kemudian tapiskan.

3 • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian... Satu bahagian letak pewarna hijau apple dan perisa pandan dan satu adunan lagi saya biarkan plain ( putih)... Untuk lapisan atas sekali saya letak pewarna merah jambu ( pink )

4 • Apabila air kukusan dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.

5 • Masukkan adunan plain ( putih ) 1 cawan dan kukus selama 5 minit.

6 • Setelah itu lapis pula adunan hijau apple selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.

7 • Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.

8 • Biarkan kuih benar-benar sejuk baru cantik di potong... Gunakan pisau plastik supaya licin potongannya.

NOTA
✔ Untuk setiap resepi saya gunakan cawan dan sudu sukatan metrik

✔ Untuk memastikan permukaan kuih lapis cantik dan licin buka penutup pengukus setiap 5 atau 10 minit dan sentiasa di lap penutupnya dan sambung lagi mengukus.

✔ Apabila kuih lapis sudah masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih lapis cepat basi.

Like & Share
Senangnya Masak

Thursday, February 15, 2018

RESEPI ROTI LEMBUT

1 PAKET YIS
1 CWN AIR SUAM
4 CWN TEPUNG GANDUM
5 SUDU GULA
2 SUDU SUSU PEKAT
2 SUDU MAJERIN/PLANTA
1SDK GARAM
1BIJI TELUR(DIKACAU)

CARA2
1. BANCUH YIS NGN AIR SUAM SHINGGA BBUIH

2. CAMPUR TEPUNG NGN TELUR,PLANTA,GULA, GARAM,SUSU PEKAT N GAUL SHINGGA SEBATI N MASUKKAN AIR BNCUHAN YIS TD DAN ULI SEHINGGA DOH TDK MELEKAT DTGN...LG LAMA ULI LG LMBUT ROTI TU(20MIN ULI)...REHATKN DOH N TUTUP SELAMA SEJAM BIAR KEMBANG 2X GANDA...

3. BILA DOH DH KEMBANG TUMBUK2 DOH TU UTK KLUARKAN ANGIN...PASTU ULI SKLI LG SHINGGA MNJDI LICIN DAN BLHLA SUSUN DLM LOYANG...TNGGU SHINGGA DOH TU KMBANG..SAPU DPERMUKAAN DOH TU TELUR KUNING N TABUR GULA N BARU BLH DBAKAR DGN SUHU 170 20MINIT..

4. BILA DH MASAK SAPU NGN PLANTA...SIAP...😘

Kredit Resepi : imah rahman via mahn

Nuget Ayam

Try buat nugget...style ikut dan guna bhn yg ada2....bahan2 cmpk2 je dlm chopper...

Ayam
Bwg besar dan putih
Lada hitam
Serbuk jintan putih+jintan manis+ketumbar
Kentang...
Daun sup
Sos tiram
Cara2..
Chop je semua sekali dlm chopper, kemudian bentukkn...
Pastu salutkn dgn
Telor
Serbuk roti...
Siap!!!!
Esok br grg... :-D

Resepi Roti Jala Paling Sedap ❤❤😍😍

Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak.
Cubalah.

LIKE & SHARE

Nuget Ayam

Bahan2 

Isi ayam (byk lg sedap)
Carrot(byk pon boleh)
Roti gardiner 4kepng ataw lebih
Bawang putih(2 @ 3ulas)
Telur 1 ataw 2bji (ikut adunan)
Garam(cukup rasa)
Perasa sikit
Lada sulah sikit

Cara- cara
πŸ‘‰πŸ‘‰#blend semua klau xguna blend kering kena tmbh air skitπŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ
πŸ‘‰kukus 20minit dah masak biar sejuk baru potong2
πŸ‘‰celup dlm telur  dan gaul ngn serbuk roti.. 
πŸ‘‰goreng.. untuk frozen boleh goreng separuh msak sejukkan masuk bekas dan simpan tempat beku πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€
#selamatmencuba

Wednesday, February 14, 2018

Resepi Mee Kuning

Tiada pewarna
Tiada kapur

Resepi Mee Kuning Homemade by Aina Inaa

✔500 gram tepung gandum Jenama Faiza ( dah try jenama lain xsesedap Faiza)
✔Setengah biji telur
✔200 ml air masak ( kalau nak guna jenama lain just kurangkan air ..dr 200 ml jadikan 180 ml sebab takut adunan terlembik)
✔Setengah sudu besar garam atau ikut citarasa hampa nak masin or tawar
✔Serbuk kunyit sedikit. Ikut hampa nak letak banyak mana.

Cara2nya.

1.Satukan semua bahan dan uli sampai sebati sahaja. Saya guna breadmaker cosway fungsi no 8..iaitu fungsi dough. Kalau nak uli guna tangan boleh jer.

Adunan xboleh lembik nanti xjadi mee nya.

2.Buat kecik2 panjang panjang dalam gamba tu no 1 .

3.Leperkan Guna mesin mee atau mesin buat karipap tu.pastikan sebelum dilenyek celup tepung supaya xmelekat waktu canai tu.

4.Boleh guna mesin mee untuk potong2 jadi halus. Pastikan juga sebelum dipotong halus sapu tepung pada adunan supaya x melekat dekat mesin.

5.Panskan air sampai mendidih. Rebuskan mee sampai masak. Nak tau dah masak atau tak apabila mee dah terapung diatas dah dikira masak.

6.Angkat,tos dan siramkan air paip supaya mee xmelekat2. Nak buang Kanji mee tu. Jangan risau Tepung Faiza the best tepung sebab xberkanji sangat.

7.Bila dah tos boleh sejukkan dalam talam dan gaul dengan minyak..cara gaul macam Dalam video tu..Gaul pun jangan ganas2 yea..nanti terputus mee nya..banyak mana minyak terpulang pada hampa.

✅insyaAllah Mee kuning ni tahan 4 hari di chiller dan 3 bulan di freezer. Tapi pastikan sebelum masuk peti dah sejukkan betul2 4 5 jam lepas masak dan masukkan dalam bekas kedap udara.. Kalau masuk suam2 nanti mee basi

✅Nak sedap gunalah tepung Faiza.
✅500 gram tepung saya dapat lebih kurang 1.3 kg mee yg dah siap masak.

*Nak share dipersilakan.

*Panjangkan semoga dapat manfaat dan dapat menjimatkan belanja dapur kite semua.

Credit : Aina Inaa
#mahn

DIM SUM AYAM

Bahan-bahan:

Ayam cincang /daging pun boleh
Minyak bawang puteh
Daun bawang
Carrot
Daun ketumbar
Lada sulah
Tepung ubi
Garam
Dumpling pastry
Kukus lebih kurang 20minit sampai masak

Sos:

Bawang puteh
Tauchu
Cili kisar
Minyak bijan
Gula..
Tepung ubi

Monday, February 12, 2018

RESIPI DONUT RINGKAS ULI TANGAN

500gm bread flour
100gm susu pekat
11gm yeast
5gm garam
50gm shortening
280gm air suam ( uli mixer guna air sejuk ketulan ais )

Kredit Resepi - ‎Irfan Syazwanshah

RESIPI NASI KAK WOOK BERPUAKA

Gulai Ayam:
~bawang bombay - 4 labu
~bawang putih - 5 ulas
~halia - 1 inci setengah
~lengkuas - 1 inci setengah
rempah kari daging - 3 sudu
~rempah kerutub - 1 sudu
~Kacang panjang - potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan

Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.

Ayam Goreng Harum:
~1 ekor Ayam - potong kecik2
~Garam- 2 sudu kecik
~kunyit hidup - 2 inci tumbuk lumat
~serbuk kunyit - 1 sudu kecik
~serbuk cili - 1 sudu kecik
~*Daun kari 3 tangkai

#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!

Cara2nya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.

Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering - direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa

Cara2nya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
.
Kredit Resipi - Rusmida Rusdi

Saturday, February 10, 2018

Potatoes Chip homemade.

****************************
2 sdb serbuk Cili
1 sdb Serbuk rempah kari daging
1 sdb Serbuk lada sulah
1 pcs kiub pati ayam
Garam halus secukup rasa.
* Sagatkn kentang
* goreng dlm myk yg byk n pns
* dh kekuningan skit bleh angkat n toskn n sejukkn.
* masukkn dlm botol brsama rempah n goncangkn. Siap.
* sdp, ranggup. πŸ˜πŸ‘

Orang Gila Bijak πŸ˜‚πŸ˜‚

Hari ini satu ambulance dari hospital sakit jiwa terpaksa berhenti di tepi jalan  karena tayar bocor. Waktu sedang ganti tayar , si pemandu tidak sengaja tertendang 4 skru rim ke longkang tepi jalan dan hilang.

Dengan panik si pemandu berteriak, “Waduh, cammaner nak pasang tayar kalau tak ada skrunya?!”
Salah seorang pesakit gila di dalam ambulance teriak “Bang, ambil  saja  1 skru dari setiap 3 rim lainnya, maka bolehlah terus pasang tayar tu, jadi tiap rim dapet 3 skru...boleh jalan apa. Nanti kalau ada bengkel tayar, tinggal beli 4 skru dan pasanglah bakinya “

Si pemandu langsung lega. “Pandai juga ko, Tapi kenapa ko  masuk rumah sakit jiwa ni”

Pesakit itu menjawab, “HELLOOOO!!! PLiiiis lah! Aku ini Cuma gila, bukan bongok  macam ko !”
πŸ€£πŸ˜„πŸ€£

Gmbar sekadar hiasan...

Doa Yang Power

Pendek tetapi.. Do'a ini..

Do'a yang *POWER*.

‏Ψ£َΩ„ًْΩ„ّٰΩ‡ُΩ…َّ Ψ₯ِΩ†ِّي Ψ£َΨ³Ψ£َΩ„ُΩƒَ Ψ£َΩ„ًْΨΉَافِيَΨ©ً

*Allahumma inni as aluka al-'afiyah*.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kpd Nabi (ο·Ί) datang kepada Nabi (ο·Ί) dan berkata : "Ya Rasulullah, ajarkanlah aku do'a," katanya.

Nabi (ο·Ί) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

 ‏Ψ£َΩ„ًْΩ„ّٰΩ‡ُΩ…َّ Ψ₯ِΩ†ِّي Ψ£َΨ³Ψ£َΩ„ُΩƒَ Ψ£َΩ„ًْΨΉَافِيَΨ©

*Allahumma inni as aluka al-'afiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah).

Sekarang apa yang 'Afiyah..???

'Afiyah bermaksud :
"Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa".

πŸ‘‰Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'afiyah.

πŸ‘‰Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'afiyah.

πŸ‘‰Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam 'afiyah.

πŸ‘‰Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam 'afiyah.

πŸ‘‰Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah.

Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud :
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk utk di dunia dan di akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kpd Nabi (ο·Ί) selepas beberapa hari lalu dia berkata :

"Ya Rasulullah, do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."

Nabi (ο·Ί) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."

Yang Benar adalah setiap yg bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.

"Ya Allah, aku memohon kepada-MU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah ENGKAU menguji aku dan lain-lain yg berat."

Semua ini termasuk di dalam "Allahumma inni as aluka al-'afiyah"
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Nabi Muhammad (ο·Ί) berkata : "Sampaikan lah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat."

Semoga bermanfaat..

#SHARE untuk orang lain juga ye...!!! Sebarkan semoga pahala terus mengalir buat bekalan kita kelak. Aamiin.

Ayam Tak laku

Ada satu kolam pancing ikan kutip RM30 untuk masuk memancing. Sapa tak dapat Ikan, diberi seekor ayam.

Dalam seminggu, pemancing jadi ramai dan semua happy bawa balik seekor ayam.

Satu hari orang tanya owner tu.

"You tak rugi ke buat mcm tu?" Dia jawab untung gila.

Sebenarnya dia ada ladang ayam tapi ayam tak laku.

Kolam tu memang tak ada ikan pun πŸ˜†πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tak pasal-pasal sekor ayam harga RM30. Macam idea Dato, bagi BR1M ambil GST.

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Selalu bersangka baik🌷

Lembutnya nasihat ni...

Baca perlahan-lahan  Sampai Akhir

▁▂▃▄▅🌹  

 Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada di hati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.                            

▁▂▃▄▅🌹

Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya

▁▂▃▄▅🌹

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan"

▁▂▃▄▅🌹

Kehidupan bertanya kepada kematian:
mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
 maka maut menjawab: "Karena kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan"

▁▂▃▄▅🌹

Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga??
Apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita??
maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!

πŸŒΉπŸ’”

Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut
dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus

πŸŒΉπŸ’”

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik

πŸŒΉπŸ’”

Ketika kau meyakini bahwa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesungguhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.

πŸŒΉπŸ’”

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu........dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum........namun tersenyumlah sehingga kau bahagia.........mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatur.... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu........oleh kerana itu tenanglah karena engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang Maha Menjaga......dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu...........aku serahkan segala urusanku kepada Allah.

πŸŒΉπŸ’”

Jika kau tidak tahu alamat rezekimu...... janganlah takut......karena rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......niscaya dia akan sampai kepadamu..

Sebagai penutup..
Jika engkau berniat utk share faedah yang sangat berharga ini,,
Jangan lah lupa berniat baik/Luruskan Niat
Semoga dengan niat baik ini Allah Swt berikan kelancaran dalam segala urusan kita..
Keberkahan dalam rezeki kita..
Dijaga dari segala mara bahaya..
Diluaskan rezeki kita..
Dijaga aqidah kita beserta keluarga dan anak cucu daripada segala aliran dan aqidah yang menyimpang..
Dan ditutup umur kita semua dalam keadaan husnul khatimah,
Amiinn Allahumma Amiinn..

Hadiah untuk saudaraku yang kucinta..
Berbagilah akan faedah ini kepada handai taulan supaya mereka kelak menjadi saksi akan ibadah ini.

Monday, January 29, 2018

MANGGA LOADED CHEESE LELEH

MANGGA LOADED CHEESE LELEH

bahan2
5 bijik telur
1sb ovalate
1cawan gule halus
2sb cordial mangga ina gune jenama sun up atau fresh fruit
pewarne kuning
mix smpai gebu
sementara tu ayak
2 cawan tepung gandum cap ros sebaik nya
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1sk cream off tartar
ok dah gebu td masuk sket2 tepung mix sebati
matikan mixer masuk kan 7sb minyak masak kacau laju2 smpai adunan sebati..
panas kan kukusan
isi adunan setengah bekas
bekas sq 350 kukus 10 mnt api besar
bekas sq 1500 kukus 20 mnt api besar
permukaan bekas ttup plastik ye sebelum kukus
tebalik kan kek lepas keluakan dr pengukus
belah dua bile dah sejuk

Cream Cheese
500g cream cheese
1 cawan susu pekat
1cawan whipping dairy
2 cawan susu segar(kalau nak pekat kurg kan)
2sb cordial mangga
mix kan cream cheese dgn susu pekat masuk kan whipping dgn susu serta cordial bile dah sebati
atau blender kan je
tuang tgh2 dan atas kek atau pakai piping beg mana2 yg senang..sejuk kan dulu mesti 3 hngga 4 jam

Drizzle
2 bijik mangga hiris2
tambah sedikit air suam
3sb cordial mangga
pewarne oren
belnder semua sebati
bile nak delevery boleh hiris mangga dan drizzle atas die cantek2..
*gunekan mangga susu atau mangga lemak
mangga blackgold atau water lily sahaja
cikgu jual 800g rm50 korg boleh ejas harge sq 350 rm8 pon dah ok..diva je jual saiz besar yeπŸ˜‚korg jual kecik2 ok dah tu..good luck doakan cikgu murah rezeki

Saturday, January 27, 2018

Orang Pahang area Pekan cukup merendah diri

Orang Pahang area Pekan cukup merendah diri. Semua benda adalah kawan yang punya. Diorang takkan mengaku walaupun barang tu hak dia sendiri.

Kalau kita tanya:-
 "Itu kereta sapa?"

Dia akan jawab:-
 "Itu kereta kawan".
Walaupun kereta tu dia yang punya.

Kalau kita pergi rumah dia, kita tanya:-
 "Tu sape?"
Dia akan jawab:-
"Itu bini kawan".
Walaupun itu bini dia.

Org Pekan memang payah betul mengaku hartabenda dia.

Check dalam akaun tanya tu duit sapa.
Orang Pekan akan jawab:-
"Tu duit kawan".

🌸 APA MAKNA "REZEKI" 🌸

  🌸  APA MAKNA "REZEKI" 🌸
***********************

*Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri.

*Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau.

*Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.

*Allah hantar Nabi Musa(as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

*Allah menghantar Nabi Nuh(as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

*Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.

*Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

*Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

*Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

*Kalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

*Takdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkanmu ke syurga.

*Jadi...

*"Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri."

*Ya! Yang penting, kamu percaya.. kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.

*Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima.

*Percaya dan terima.

*Wallahu'alam