RESEPI DONUT GEBU MONTOK
Kak sue kongsikan resepi dan cara buat donut gebu mudah gunakan bahan yang ada di dapur sahaja.
Memang meleleh air liur, jiran jika tercium bau donutnya masa goreng terus datang ketuk pintu. Bila makan terus tak rasa apa, KAPAS sangat sampai terngiang ngiang 10 hari. Bila dihias memang ngap tak mampu nak diet. Itu la penangan DONUT GEBU tak hengat.
Donut yang diingini diidamkan semua orang adalah donut yang mempunyai garisan putih ditengahnya, pecah rekod BIG APPLE DONUT.
Tepung gandum setengah kilo (separuh peket)
Tepung roti jika ada 6 sudu besar
Telur sebiji
Garam 1 sudu kecil
Gula pasir 3 sudu besar
Susu pekat 2-3sudu
Marjerin 2-3sudu besar
Bread improver 1 sudu kecil jika ada
Yis 1 peket
Air suam 1 - 1 1/2 cawan (jika guna bread maker guna air sejuk) masuk sedikit sedikit hingga doh kental
Cara
Masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati
Mulakan uli hingga kental dan licin lebih kurang 40minit
Jika guna mesin tekan 2x fungsi doh
Bulatkan
Lenyekkan dan lubangkan
Rehat sehingga naik
Goreng
Hiaskan setelah siap dan makan dengan orang sekampung. WOW terus .
========/=======
Kaksue
Suka anda kulit Sihat dan Gebu
0 comments:
Post a Comment